Exchange 106 diiktiraf sebagai MD Nexus
Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX) telah diiktiraf sebagai MD Nexus oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 26 Mei 2026. Pengiktirafan ini menonjolkan infrastruktur digital termaju bangunan itu dan peranannya dalam menyokong syarikat berstatus Malaysia Digital.