Perkhidmatan tren KTMB Kepong-Rawang tergendala akibat pokok tumbang
Perkhidmatan tren Komuter dan ETS KTMB antara Kepong dan Rawang tergendala hari ini selepas pokok tumbang menyebabkan gangguan bekalan elektrik. KTMB memaklumkan perkhidmatan mungkin mengalami kelewatan melebihi 60 minit sementara kerja-kerja pembersihan dan baik pulih dijalankan.