KSN: Sistem DEEP untuk perbaiki kepimpinan, bukan hukuman
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bukan alat hukuman tetapi mekanisme reformasi perkhidmatan awam. Beliau meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula wajaran penilaian DEEP bagi jawatan Ketua Setiausaha kementerian supaya lebih holistik dan mengambil kira digitalisasi.