Tragedi Pantai Tanjung Lompat: Dua Mangsa Selamat Jalani Rawatan Trauma
Dua daripada enam remaja yang terselamat dalam tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi, masih menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri berkata perkhidmatan sokongan termasuk psikologi akan diberikan. Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.