Jerebu: IPU Serian Cecah 385, Empat Kawasan Sarawak Sangat Tidak Sihat
Setakat 4 petang tadi, Serian di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya pada 385, satu-satunya kawasan di negara ini melebihi 300. Empat kawasan lain di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat, manakala 15 kawasan di Sarawak, Sabah, Labuan dan Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat. Operasi pembenihan awan dilaporkan sedang dijalankan di kawasan terjejas.