Remaja 16 tahun hilang ketika cari ketam di Pantai Klebang masih belum ditemui
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun hilang selepas dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak berhampiran Pantai Klebang, Melaka. Operasi mencari dan menyelamat disambung semula Khamis pagi tetapi mangsa masih belum ditemui.