Mekanik cedera ditembak dua lelaki bermotosikal
Seorang mekanik berusia 43 tahun cedera di tapak tangan kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Dia melarikan diri dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kulim. Polis sedang menyiasat motif kejadian.