Lima stesen di Sabah catat IPU tidak sihat, jerebu rentas sempadan disyaki punca
Lima stesen pemantauan kualiti udara di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang hari ini. Bacaan tertinggi dicatatkan di Stesen Kota Kinabalu dan Stesen Politeknik dengan masing-masing mencecah 156. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah mempercayai keadaan jerebu itu dipengaruhi oleh kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan.