PDRM seru komuniti bersama jaga keselamatan Sarawak
Pengarah JPJKK Bukit Aman, Dato' Noor Hisam Nordin, menyeru kerjasama masyarakat untuk mengekalkan keselamatan Sarawak semasa Program Jelajah Wira MADANI di Wisma Sabati, Petra Jaya. Beliau menekankan kepentingan kepolisan komuniti dan menyampaikan bantuan kebajikan kepada balu polis, anak yatim, dan veteran.