Pelajar tahfiz teruskan azan dan solat hajat untuk bantu cari dua remaja hilang di Pantai Tanjung Lompat
Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Redha di Bandar Penawar meneruskan usaha mencari dua remaja yang masih hilang selepas kejadian lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi. Mereka melaungkan azan dan menunaikan solat hajat serta membaca Surah Yaasin. Setakat ini, dua mangsa ditemukan lemas manakala dua lagi masih hilang dan dua yang lain diselamatkan.