IPU Kuching cecah 306 tahap berbahaya, Serian dan Sri Aman sangat tidak sihat
Kuching di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 306, dikategorikan sebagai berbahaya setakat jam 9 pagi. Serian (279) dan Sri Aman (248) berada pada tahap sangat tidak sihat, manakala 10 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat.