NAFAS, Firma China Meterai MoU RM1.5 Bilion untuk Industri Baja Bersepadu
NAFAS memeterai MoU strategik lima tahun bernilai RM1.5 bilion bersama Guizhou Phosphate Chemical Group dan Jiangsu Chemical Design Institute untuk membangunkan industri baja fosfat bersepadu di Malaysia. Perjanjian yang dimeterai di MAHA 2026 di Serdang itu turut merangkumi pemprosesan bahan mentah dan jaminan bekalan. NAFAS turut memeterai MoU dan perjanjian lain pada Khamis dengan jumlah nilai pelaburan melebihi RM121 juta.