Nilai MoU di MAHA cecah RM9.3 bilion, atasi sasaran RM8 bilion
Nilai memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di MAEPS, Serdang mencecah RM9.3 bilion, melebihi sasaran awal RM8 bilion. Menteri Pertanian Mohamad Sabu berkata, jumlah pengunjung setakat hari ketujuh mencecah 2.77 juta orang, dengan nilai jualan RM16.3 juta.