10 lagi ditahan, jumlah tangkapan kes pergaduhan bersenjata Air Itam jadi 23
Polis Pulau Pinang menahan 10 lagi lelaki berhubung pergaduhan bersenjata di Air Itam pada 29 Ogos, menjadikan jumlah tangkapan 23 orang. Serbuan dijalankan di Pulau Pinang dan Selangor dari 30 Ogos hingga 4 September. Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan hutang.