Darurat jerebu diisytihar di Serian, Sarawak susulan IPU mencecah 477
Darurat jerebu telah diisytiharkan di Bahagian Serian, Sarawak selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah paras berbahaya 477. Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, termasuk operasi mencegah pembakaran terbuka, berikutan keadaan itu. Beberapa kawasan lain di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat.