Jerebu di Sarawak jejas ketibaan pelancong, kata menteri
Menteri Pelancongan Sarawak berkata jerebu yang sedang melanda telah mula mengurangkan ketibaan pelancong ke negeri itu. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap acara akan datang seperti Borderland Music Festival di Kuching dan Jom Heboh di Miri, menasihatkan penganjur supaya mengambil kira nasihat jawatankuasa bencana negeri. Jerebu itu juga menyebabkan Bahagian Serian diisytiharkan darurat selepas bacaan API mencecah 514.