Pakar kesihatan UMS nasihat golongan berisiko berwaspada ketika jerebu
Seorang pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) menasihatkan golongan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai asma dan penyakit jantung supaya lebih berwaspada susulan jerebu ketika ini. Jerebu mengandungi bahan pencemar yang boleh memburukkan gejala pernafasan, dan orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka yang sesuai.