FoE APAC gesa syarikat ladang Indonesia bertanggungjawab atas jerebu rentas sempadan
Friends of the Earth Asia Pacific (FoE APAC) menggesa syarikat yang beroperasi dalam sektor perladangan dan perhutanan di Indonesia dipertanggungjawabkan atas pencemaran asap akibat kebakaran hutan dan tanah. Pencemaran dari Kalimantan dilaporkan merebak ke Malaysia dan Filipina, dengan Sarawak antara negeri paling teruk terjejas di Malaysia sejak awal Ogos. FoE APAC turut menggesa kerajaan Indonesia, PBB dan ASEAN mengambil tindakan lebih tegas.