TAGS rekod 134 aduan gangguan seksual, 90 selesai dalam lapan bulan
Agensi Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS) merekodkan 134 aduan gangguan seksual dalam lapan bulan pertama tahun ini, dengan 90 daripadanya diselesaikan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata angka itu membabitkan aduan di kaunter KPWKM sahaja, dan turut menyebut 4,646 kes keganasan rumah tangga dilaporkan seluruh negara sehingga Julai, termasuk 424 kes di Sabah. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program advokasi anti gangguan seksual di Semporna.