Shafie gesa semakan caj penerbangan untuk kurangkan beban tambang
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa kerajaan menyemak komponen kos operasi syarikat penerbangan seperti caj pendaratan bagi mengurangkan beban pengendali dan mengekang kenaikan harga tiket. Bercakap di Semporna, presiden Warisan itu memberi amaran tambang tinggi boleh menjejaskan sektor pelancongan Sabah apabila pengembara memilih destinasi lain.