Pelajar 19 tahun lahirkan bayi di asrama Dungun, mayat dalam lokar
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun melahirkan bayi lelaki kira-kira lapan bulan di tandas asrama sebuah institusi pendidikan di Dungun, Terengganu, malam Rabu lalu. Mayat bayi itu dipercayai dibungkus kain, dimasukkan ke dalam beg dan disimpan dalam lokar asrama sebelum ditemui. Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.