PAS anggap agenda Malaysia Biru UMNO selari dengan WINS 2051
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, menyifatkan agenda Malaysia Biru yang digagaskan UMNO sebagai selari dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051) milik PAS. Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Idris turut menyatakan kerjasama PAS-UMNO menjelang PRN Melaka sudah mula digerakkan di peringkat akar umbi.