Elemen citra Sabah masuk kurikulum Tahun 1 dan Tingkatan 1 tahun depan
Kota Kinabalu: Elemen citra Sabah akan dimasukkan ke dalam kurikulum baharu bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 bermula sesi akademik tahun depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) berkaitan pendidikan, dengan sokongan penuh Menteri Pendidikan Sabah James Ratib. Fadhlina juga memaklumkan 245 sekolah daif di Sabah telah siap dibangunkan semula sepenuhnya, manakala 63 lagi dalam pembinaan.