IHH kekal dakwa rugi dalam isu Fortis, hormati keputusan mahkamah Tokyo
IHH Healthcare mengekalkan dakwaannya bahawa ia mengalami kerugian akibat kelewatan kelulusan tawaran tender mandatori dalam pengambilalihan Fortis Healthcare, berpunca daripada pertikaian antara Daiichi Sankyo dan penghutang penghakiman. Anak syarikat milik penuhnya Northern TK Venture menyemak keputusan Mahkamah Daerah Tokyo pada 10 September yang menolak semua tuntutannya terhadap Daiichi Sankyo, dan akan menimbang pilihan undang-undang yang ada.