Fomca gesa RUU e-dagang tetapkan tanggungjawab platform atas jualan dadah
Fomca dan Persatuan Pengguna Siber Malaysia menggesa kerajaan mempercepatkan penggubalan Akta E-Dagang yang meletakkan tanggungjawab jelas ke atas platform jualan dalam talian untuk menyekat penjualan dadah dan produk terlarang. Ketua Pegawai Eksekutif Fomca T Saravanan berkata platform tidak boleh berlindung di sebalik status perantara pasif kerana mereka menyediakan akses, algoritma dan sistem transaksi. Gesaan itu menyusul kebimbangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap penjualan dadah dalam talian termasuk fentanil, yang menyebabkan SKMM diarahkan bertemu platform e-dagang.