M Nasir tidak puas hati dengan persembahan pelakon Mansur dan Liu
Datuk M Nasir berkata beliau tidak mengenal erti puas hati walaupun pementasan sulung arahannya, Mansur dan Liu, mendapat sambutan baik pada malam pratonton di Panggung Sari, Istana Budaya, Rabu lalu. Beliau bersyukur kerana barisan pelakon melepasi jangkaannya, dan menyifatkan cabaran terbesar ialah mencari pelakon yang benar-benar boleh menyanyi dengan baik.