Houthi kuasai selat Bab al-Mandab
Puak Houthi di Yemen kini menguasai sepenuhnya selat Bab al-Mandab selepas lebih seminggu menyerang tentera kerajaan. Laluan Laut Merah dan Terusan Suez dilaporkan berada dalam kawalan mereka, dengan tiga pulau utama ditawan dalam serangan Jumaat. Keadaan ini mengancam perdagangan antarabangsa.