Pemuda UMNO N. Sembilan mahu Pas jaga kerjasama politik
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md. Zain, mengingatkan UMNO supaya bijak memilih rakan kerjasama politik dan meminta Pas tidak mengulangi pengalaman buruk yang lalu. Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Beliau turut memberi jaminan kepada MCA dan MIC bahawa penyatuan Melayu tidak perlu dibimbangkan.