Malaysia runding dengan Nepal hantar sampel DNA mangsa banjir ke KL
Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Nepal untuk membawa sampel DNA mangsa bencana banjir lumpur di Nepal ke Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses mengenal pasti 55 rakyat Malaysia yang masih hilang. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata permintaan itu sudah disampaikan melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan masih menunggu maklum balas. Pasukan SMART akan pulang ke Malaysia hari ini atau esok selepas menyerahkan dron kepada pasukan penyelamat Nepal.