JKM, JBALB selaras bantuan bekalan air ke kawasan kemarau
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak menyelaras bantuan air ke kawasan terjejas kemarau di negeri ini. Bantuan termasuk air minuman dalam botol dan penghantaran air ke tangki, terutama untuk komuniti yang bergantung pada air hujan atau sistem graviti.