Khaled: Ancaman kognitif jadi cabaran baharu pertahanan negara
Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin berkata ancaman terhadap keselamatan negara kini bersifat hibrid, termasuk 'peperangan kognitif' yang menggunakan maklumat salah dan propaganda digital. Beliau menekankan pertahanan negara tidak lagi cukup dengan aset ketenteraan sahaja, sebaliknya memerlukan ketahanan rakyat. UMNO akan membantu membina kesedaran bahawa mempertahankan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya ATM.