Akar umbi Umno mahu kerjasama dengan PAS tetapi tetap curiga
Beberapa pemimpin akar umbi Umno menyambut baik kemungkinan kerjasama dengan PAS tetapi mengingatkan pucuk pimpinan supaya berhati-hati selepas pengalaman Muafakat Nasional yang mengecewakan. Mereka berkata demikian ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.