Pemuda 25 tahun bergaji RM6,000 dakwa ditawar RM2,500 ketika temuduga
Seorang pemuda Malaysia berusia 25 tahun dalam sektor kejuruteraan mendakwa sebuah syarikat hanya menawarkan RM2,500 untuk jawatan eksekutif kanan kerana usianya, walaupun beliau kini memperoleh RM6,000. Hantaran viral di Threads itu mendapat reaksi ramai pencari kerja tempatan yang berkata mereka turut ditawar gaji rendah.