Anwar gesa rundingan damai Asia Barat iktiraf pencerobohan awal AS, Israel
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rundingan damai di Asia Barat perlu bermula dengan pengiktirafan terhadap 'pencerobohan awal' Amerika Syarikat dan Israel. Bercakap dalam wawancara dengan NDTV di luar Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, beliau menggesa keganasan dihentikan dan menekankan penyelesaian damai. Anwar turut mengadakan perbincangan geopolitik dengan beberapa pemimpin dunia di majlis makan malam sidang kemuncak itu.