API Lubok Antu cecah 205, beberapa daerah Sarawak catat udara tidak sihat
Kualiti udara di Lubok Antu, Sarawak berada pada tahap 'Sangat Tidak Sihat' dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 205 setakat 8 pagi hari ini, menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beberapa kawasan lain di Sarawak termasuk Tebedu, Serian, Sri Aman, Betong dan Kuching mencatat bacaan IPU tidak sihat, manakala Bario satu-satunya stesen dengan kualiti udara baik.