Jamil Khir minta bicara atas tiga tuduhan membabitkan RM860.3 juta dana Tabung Haji
Bekas menteri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur atas tiga tuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji melupuskan RM860.3 juta kepada sebuah syarikat berpangkalan di Arab Saudi. Perbuatan itu didakwa berlaku di pejabatnya di Putrajaya antara 2015 dan 2017. Jaminan ditetapkan RM300,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan, dan kes disebut semula pada 5 November.