Yes Group dapat kelulusan Bursa untuk senarai ACE, sasar IPO 137.8 juta saham
Yes Group Management Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk disenaraikan di Pasaran ACE, dengan IPO membabitkan 137.8 juta saham. Syarikat pengendali jenama Yes Travel itu merancang mengumpul dana untuk pengembangan perkhidmatan pengangkutan darat di Eropah, pejabat serantau di UK, dan penubuhan Yes Academy.