Defendan dalam saman KSSA mohon halang Ram Singh wakili diri sendiri
Di Kota Kinabalu, sekumpulan defendan dalam saman sivil membabitkan Persatuan Kinabalu Singh Sabha Sabah telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menghalang plaintif Datuk Ram Singh daripada mewakili dirinya sebagai peguam bela dan peguam cara. Mereka juga mahu firma beliau, Messrs Ram Singh & Co, dikeluarkan kerana konflik kepentingan. Permohonan difailkan pada 28 Ogos.