11 kawasan catat IPU tidak sihat, Lembah Klang kembali jerebu
Sebelas kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini, menurut portal APIMS. Tiga kawasan di Sarawak terjejas iaitu Sri Aman dan Serian (174) serta Kuching (135), manakala lapan kawasan di Semenanjung termasuk Johan Setia, Cheras, Nilai, Seremban, Pasir Gudang, Larkin, Putrajaya dan Alor Gajah turut merekodkan bacaan tidak sihat.