Mahkamah Tinggi batalkan bil cukai RM313.8j terhadap balu Daim, Na'imah
Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan semakan kehakiman oleh Toh Puan Na'imah, balu bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, membatalkan penilaian cukai RM313.8 juta terhadapnya. Mahkamah memutuskan penilaian itu tidak sah kerana tidak dikeluarkan dengan betul di bawah Akta Cukai Pendapatan.