Apa yang berlaku di sekeliling anda
-
Pakar maritim gesa penjelasan bertulis isu kawal selia kargo K8 RM220 juta di Tanjung Langsat
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa mengeluarkan penjelasan bertulis berhubung layanan kawal selia terhadap dua kargo petroleum bernilai lebih RM220 juta di bawah prosedur Kastam K8 di Tanjung Langsat, Johor.
-
Suami isteri maut, seorang lagi terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Kluang
Dua suami isteri maut selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka bertembung dengan Honda BRV di Kilometer 31.2, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor. Penumpang Honda BRV, Mohd Noor Selamat, 58, turut terbunuh. Jenazah pasangan itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi.
-
171 mangsa Sungai Kim Kim menang saman; kilang dan dua pengarah Singapura bertanggungjawab
Mahkamah Tinggi Sivil di Johor Bahru memutuskan sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, dua pengarah warga Singapura dan seorang pemandu lori bertanggungjawab atas pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 2019. Seramai 171 plaintif menang kos RM100,000 tetapi gagal terhadap lapan defendan lain termasuk kerajaan negeri Johor; jumlah ganti rugi akan dinilai kemudian.