သင့်အနီးတစ်ဝိုက်မှာ ဘာတွေဖြစ်နေလဲ
-
Lapan pasukan berentap dalam lumba perahu kolek di Sungai Kelantan
Lapan pasukan menyertai perlumbaan perahu kolek sempena Hari Malaysia di tebing Sungai Kelantan, Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat. Pertandingan membabitkan 64 peserta dari komuniti kampung sekitar termasuk gugusan pulau di pinggir sungai. Acara anjuran Majlis Daerah Tumpat dengan kerjasama Tourism Kelantan itu menyaksikan beberapa perahu terbalik dalam keseronokan penonton.
-
Guru SK Pulat menang RISE Educator Award 2026
Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari Sekolah Kebangsaan Pulat di Gua Musang, Kelantan, memenangi RISE Educator Award 2026 anjuran Taylor's College. Beliau menerima RM5,000 manakala SK Pulat menerima geran RM50,000 untuk inisiatif Rumah Belajar Tanpa Loceng yang memberi ruang pembelajaran 24 jam kepada komuniti Orang Asli Temiar di Pos Pulat.
- JANM က SK Belimbing ကို MADANI 2026 မွေးစားကျောင်းအဖြစ် ရွေးချယ်
-
Suami Dr Ainul Baraah ucap terima kasih atas bantuan urus jenazah
Suami Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Kelantan atas bantuan menguruskan jenazah isterinya. Jenazah Dr Ainul Baraah, salah seorang daripada lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang, Baram, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper selepas solat jenazah di Masjid Al Karomah Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa.