สิ่งที่เกิดขึ้นรอบๆ Kuala Muda
-
Maybank Islamic salur zakat wakalah RM869,806 kepada LZNK Kedah
Maybank Islamic menyerahkan sumbangan zakat wakalah bernilai RM869,806.58 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk empat inisiatif ekonomi dan kebajikan asnaf. Dana itu membiayai latihan kemahiran teknologi pembuatan di KHTP Techno Centre, modal perniagaan bengkel jahitan di Kota Setar, pusat agihan makanan di 16 masjid Kuala Muda, dan mesin jahitan untuk peserta bengkel.
-
PAS Kedah setuju Sanusi bertemu pemimpin UMNO Kedah
Sungai Petani: Pertemuan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan pemimpin UMNO negeri itu sedang diatur bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara kedua-dua parti.
-
Polis tahan gelandangan bawa parang minta sedekah di Taman Pekan Baru
Sungai Petani, September- Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang membawa sebilah parang ketika dipercayai meminta sedekah di sekitar Taman Pekan Baru, di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berumur 44 tahun ditahan ketika berlegar-legar berhampiran sebuah restoran kira-kira pukul 11 malam tadi. Menerusi satu video tular, lelaki terbabit dilihat […]
-
Lelaki tular minta wang orang awam ditahan di Sungai Petani
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki di sini yang tular di media sosial kerana didakwa meminta wang daripada orang awam sebelum menjerit terhadap seorang pemilik kenderaan selepas permintaannya tidak dilayan, ditahan polis, malam tadi.