Berita berhampiran Sk Kampung Selanyau
-
Sagah tinjau projek sakit SK Kampung Selanyau bernilai RM9.89 juta
Projek penggantian penuh Sekolah Kebangsaan Kampung Selanyau di Subis bernilai RM9.89 juta yang dikategorikan sebagai projek sakit sedang diberi perhatian serius. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn membuat lawatan kerja ke sekolah itu baru-baru ini dan menekankan semua pihak mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan. Projek yang diserahkan pada Mei 2021 dan sepatutnya siap Julai 2022 itu melibatkan bilik darjah, bangunan pentadbiran, makmal dan kuarters guru.
-
Kereta hilang kawalan di Jalan Coastal Miri-Bintulu, pemandu 22 tahun maut
MIRI, 10 Sept: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Coastal Miri-Bintulu, Bekenu, malam tadi.