Zahid: Pembenihan awan segera di lima lokasi Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengumumkan operasi pembenihan awan akan dijalankan di lima lokasi di Sarawak yang terjejas teruk akibat jerebu. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan telah mencapai tahap berbahaya, dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 415. Operasi ini melibatkan NADMA, MetMalaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.