Anugerah pengelola haji diperkenal galak persaingan sihat
Kerajaan telah memperkenalkan Anugerah Pengelola Jemaah Haji (PJH) buat julung kalinya bagi menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan syarikat pengelola haji Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, anugerah tahunan dengan kategori gangsa, perak dan emas itu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan lesen kepada 33 syarikat PJH bagi musim haji 1448H di Sepang.