Bursa Malaysia ditutup rendah 1.47 peratus susulan sentimen global lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, dengan FBM KLCI susut 25.34 mata kepada 1,700.54, sejajar dengan sentimen global yang lemah. Aktiviti jualan meluas berlaku apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, termasuk prospek kadar faedah AS dan ketegangan di Asia Barat.