Serangan anjing liar: MBPP batal lesen, kompaun pemilik RM250
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membatalkan lesen seekor anjing peliharaan dan mengenakan kompaun RM250 kepada pemiliknya selepas anjing itu menyerang seekor anjing liar di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Insiden yang tular di media sosial itu mendorong tindakan majlis di bawah Undang-Undang Kecil (Anjing-Anjing) MPPP 1977.