Cucu Robert Kuok, Kuok Meng Xiong, ambil alih jawatan Pengarah Urusan PPB Group
PPB Group Bhd mengumumkan bahawa Datuk Kuok Meng Xiong, cucu kepada hartawan terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, secara rasmi mengambil alih jawatan Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 1 September 2026. Beliau menggantikan Lim Soon Huat yang bersara selepas hampir dua dekad berkhidmat. Jeremy Goon turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif.