KSN minta JPA kaji semula wajaran penilaian DEEP untuk KSU kementerian
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula wajaran penilaian Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bagi jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian. Beliau mahu penilaian turut mengambil kira projek berimpak tinggi, rakyat-sentrik dan digitalisasi. Permintaan itu dibuat selepas sesi pembentangan laporan penilaian DEEP suku kedua 2026.